Thursday, 19 January 2012

Blog baru!!!

Ok... Kte dah ada blog baru... Dania yang buatkan! Sejuta penghargaan kepada Dania sebab buatkan blog baru nie... Oh ya! Nak tengok blog nya tekan kat sini.. Blog yang lama nie mungkin jarang kte guna kot...

Ok! Tu jelah kot...

Wednesday, 18 January 2012

Banyak betul kisah hari nie...

Ok... Hari nie banyak kisah sikit.. Sikit je kot... 1st story is like this...

Masa Sains cikgu tak datang... So, 1 masa nie kte orang borak-borak lah kan... Masuk masa kedua, Cikgu Mahani yang relief... Then, cikgu minta lah tolong budak lelaki ambilkan projek-projek Geo tahun lepas untuk masukkan kat dalam bakal kelas Geo.. Budak laki gi ambil, budak perempuan pergi ikut cikgu gi kelas 3c1 dulu... Kelas tu kosong tau.. Ada ar beberapa meja je... Then, cikgu gi ambil kunci... Sebelum tu, cikgu dah kata kte orang kena angkat meja & kerusi... Pergh! Memang kte orang bantah gila-gila ar... Ceh! tak de ar gila sangat... But, disebabkan kte orang nie baik, cikgu pun baik, kte orang tolong lah... PERGH!! Memang penat gila ar angkat!! Dahlah masa tu kte pakai baju kurung.. Kte orang kena angkat meja & kerusi dari tingkat 4 turun ke tingkat 3... & cikgu nak 55 buah meja tu! Turun naik, turun naik... Haih.. Menyesal lak tak pakai baju sukan hari nie.

2nd story, masa Geo lak... Setengah dari waktu pertama Geo kte orang sembang-sembang lah kan... Then, Dania, dia minta tolong Syamiel untuk hantar dia balik dari sekolah... Syamiel tanya ar dia ikut laluan mana... Dania kata dia laluan kat Tasik Cyber tu... Syamiel kata dia tak ikut laluan situ.. Syamiel tanya sama ada kte lalu laluan tu ke tak.. Of course lah kte kata tak... Then, bermulalah episod di mana Dania nak tunjuk kat jalan untuk gi rumah dia... Gila pening ar kte orang ikut direction dia nie.. ( Kte orang: Lyana, Kte, Syamiel, Syahrizal, Fahmi..) Sampai kan Fahmi pun dah mula mencarut... Hampir 1 jam lah jugak kte orang tunjukkan map Cyber nie macam mana... Nak ikut map Dania untuk gi rumah dia memang tak leh pakai langsung...! Lagi buat kte orang pening adalah..! Then, yang kelakar nya, Dania kata jalan nak gi Putrajaya adalah jalan nak Dengkil... Mengarut kan? Sampai masa rehat pun tak habis lagi... 'To be continue' lagi Dania cakap.... Haih... Memang kelakar ar bila ingat balik episod nie..

Hmm.. I think sampai sini jelah ceritanya.. Nie pun dah cukup panjang..

Tuesday, 17 January 2012

Kumpulan dengan ......?!

Ok... Kte tak tahu nak tulis apa sekarang nie... First, datang sekolah, ada perhimpunan... Then, BM... Hah! Yang nie yang payah nie!! Bm hari nie belajar komsas... Then, cuti tahun baru cina nie, cikgu bagi kerja.... Buat antologi komsas 'Gema Sepi Gadis Genius',, cikgu bahagi-bahagikan... Yang pantun, sajak,syair, cerpen buat sorang-sorang... Prosa tradisional & drama buat berkumpulan...

Cuba teka kte kumpulan dengan siapa? Kumpulan dengan Syamiel!! Huaarrgghh!! Dapat kumpulan dengan dia lak...!! Aduyai....! Malas betul... Dia buat perbentangan, kte buat powerpoint.. Ok lah tu kan.. Tak yah cakap kat depan-depan orang kan..? Best gak...

Oh ya! Fahmi & Syamiel ada lah cakap sesuatu tentang kte kena partner dengan Syamiel... Nie hah perbualan dia orang yang dia orang cakap:

Fahmi: Kalau aku kumpulan dengan Nadiah, kan? Aku terjun bangunan...
Syamiel: Ha'ah.. Tulah.. Aku memang nak terjun tadi, tapi Shavvin tarik baju aku pulak... Tu yang tak jadi nak terjun tu...
 Tu jelah kot.. Nothing special... But, Syamiel hari nie selalu sangat cakap 'Babun'... Dia cakap 'Babun' tu dan kaitkan dengan nama orang lain... Dan dia orang mesti terasa.. haih.. Kenapalah nak terasa kalau benda tu tak betul...? Tergelak je kte tengok dia orang nie... Hahahaha!

Tuesday, 10 January 2012

Tak jadi mengecat...

Hari nie sepatutnya ada mengecat tapi tak jadi pulak... Aduyai... Kenapa lah cikgu tak cakap awal-awal...? Buat penat je bawak baju & selipar hari nie... Haih.... Dahlah pagi tadi kena tolong Aiza bawak tong cat yang berat tu... Berat gila lah tong catu tu..! Serik nak bawak lagi...!

Then, masa Math Cikgu Prem umumkan yang kteorang kena batalkan program mengecat kelas lak... Cikgu kata cikgu kena minta kebenaran dari pengetua dulu... Actually, adalah beberapa masalah yang dikemukan tapi tak kanlah nak cerita secara detail kan... Malas kte nak cerita secara detail... Ok, back to the topic,, cikgu nak minta kebenaran dulu sebab mungkin pengetua tak bagi ke.. & pengetua nie jenis lepas sesi persekolahan tak kan ada seorang pelajar pun ada kat sekolah... Jadi, cikgu takutlah pengetua marah sebab masih ada pelajar lepas sesi persekolahan. Tapi, kteorang dulu, main belasah je cat kelas lepas sesi persekolahan... Hehe..

& pagi nie Cikgu Prem pergi lah nak minta kebenaran kat pengetua but then, pengetua keluar awal lak... Mungkin ada hal penting kot...So, program mengecat kelas nie dibatalkan... Haih.. Apa punya malang lah... -.-'

AINUR JADI AJK TING. 2! BLOODY HELL!

My, my, my... Such a bad word I write... Anyway, tajuk dia atas adalah benar...! Ainur Izzati bt. Ithzani jadi AJK Ting. 2 untuk Pengawas Pusat Sumber! Wow! Ainur yang pemalas nak datang library, tulisan boleh tahan 'cantik' and macam-macam lagi lah yang tak layak untuk jadi AJK nie... Ceh! Macam lah diri nie layak sangat.. :P  But hey, no offence ok.... So, Ainur kenalah merajinkan diri untuk datang Pusat Sumber dan menjadikan dirinya bertambah baik... Hahahaha! Actually, Cikgu Norliza yang lantik dia... Sebab cikgu kenallah jugak personaliti dia macam mana...

Oh! And today, Allya & Lyana kena pindah tempat.. Dia orang pindah tempat masa waktu Math.. Cikgu Prem     suruh dia orang pindah tempat Syamiel & Shavvin... Allya & Lyana mula-mula memang tak nak, tapi dia orang terima jelah lepas fikir balik yang dia orang akan duduk di depan instead duduk kat belakan... Syamiel & Shavvin sahlah dia orang tak nak.. Tapi Cikgu Prem paksa dia orang, terpaksalah dia orang pindah... Haih.. Kesian... Syamiel lepas pindah tu, terus senyap.. Tengah bad mood lah katakan... Semua orang takut nak tegur... Eh? Takut ke? Kte rasa lebih kepada tak berani.... Lepas rehat, Syamiel kembali menjadi seperti biasa... Bising.. Buktinya, masa waktu English, Syamiel asyik je sebut nama Hariz kalau ada benda yang memalukan atau dengan kata lain buat orang lain ketawa... Dengki betul Syamiel kat Hariz... Apa yang Hariz buat salah kat dia pun tak tahulah...

Pukul 12.30, ada Mesyuarat Agung Permainan... Kte, Aisyah, Ainur, Allya & Dania pergi 5 Sc 1... Mesyuarat untuk Kelab Bola Keranjang... Ada pemilihan jawatan.. Kte, Aisyah & Ainur main undi je mana yang kteorang kenal & kteorang ikut majoriti gak... Hehehe...

Well then... Tu jela cerita untuk hari nie... Bye! See you all soon!!  ^.^

Monday, 9 January 2012

My Kokorikulum

Well, hari ini seperti biasa.. Ada perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin.. Pengumuman... Bla3.. Masuk kelas.. Letak beg.. Pergi bengkel...Hah! Masa KHB nie,, sedikit interesting.. Macam nie adalah pengumuman tentang pelajar baru tunggu kat Dataran Penyayang selepas perhimpunan.. Masa KHB, Allya teringatlah yang Dania nie pelajar baru... & kteorang pun baru teringat yang dia tahu ke bengkel mana kteorang pergi.. So, Cikgu Azizah suruhlah seorang pergi bagitau dia.. Kte ingat kte nak pergilah bagitau,, tapi Siti dah pergi dulu.. Laju batul dia nak pergi.... Then, kteorang sambung ar belajar... Pas tu, Siti datang balik, kata dia ada program  kat bilik utiliti.. Cikgu tanya dah bagitau dia ke belum? Siti kata belum,,, terpaksalah dia pergi sekali lagi... Pas tu, tak jumpa Dania,, Siti masuk kelas balik.. Then, Siti kata tak jumpa dia kat bawah... Cikgu cadang cari dia kat atas.. So, Siti kena lah keluar lagi cari Dania & bagitau bengkel mana kteorang pergi... Tergelak-gelak kteorang tengok Siti keluar masuk- keluar masuk...

Lepas tu, kteorang gi rehat.. Lepas rehat, kte tengok senarai nama kelab/ persatuan, permainan, unit beruniform & rumah sukan.

Rumah Sukan: Express/ Kuning
Unit Beruniform: PBSM
Permainan: Bola Keranjang
Kelab/ Persatuan: Kelab Kebudayaan

& untuk pengetahuan semua, Kte SEORANG SAHAJA yang MASUK KELAB KEBUDAYAAN dalam kelas 2 KEREK! Aduyai! Boleh lak tiba-tiba kte masuk sorang-sorang je.. Tapi nasib ada Inss... Ada kawan...

Then, pukul 12.30 tengah hari,, ada Mesyuarat Agung Rumah Sukan... Pergi dewan... Pemilihan jawatan.. And yang best nya pasal sorakan.. Rumah Merah sorak, Rumah Kuning boo! Rumah Kuning sorak, Rumah Merah boo! Rumah Kuning sorak macam nie...:

" Sape Express?! Kuning! Sape Kuning?! Express! Go Express Go Express Go Express Goooooo Expreeeeeesssss!!!!"

 

Saturday, 7 January 2012

Hafiz pakai cermin mata!!

Woah!! Hafiz pakai CERMIN MATA!!! HENSEM TU!!! Tak caya? Tengok lah hari Isnin nanti..! Percayalah! Memang hensem..! Actually,, cerita nya begini..

Seminggu yang lepas, Hafiz decide nak pakai cermin mata... Setelah kte kata hensem kalau dia pakai cermin mata... Then, kteorang pun pergilah tempah cermin mata kat Alamanda... Mak kte pun tumpang sekali tempah cermin mata.. Tapi untuk membaca jelah...

And today, kteorang gi Alamanda untuk ambil cermin mata tu.. Memang hensem ar Hafiz pakai... Tapi nampak pelik ar pulak.. Sebab dah selalu tengok Hafiz tanpa cermin mata... And suddenly dia pakai cermin mata.. Memang pelik...

Anyway,, tengoklah Hafiz hari Isnin nanti... Dia dah pakai cermin mata~  ^.^